6

Leong Adjustment embarks on digital transformation journey to stay competitive

 3 years ago
source link: https://mdec.my/blog/?p=1086
Go to the source link to view the article. You can view the picture content, updated content and better typesetting reading experience. If the link is broken, please click the button below to view the snapshot at that time.

Leong Adjustment embarks on digital transformation journey to stay competitive

Posted on March 2, 2021March 3, 2021by MDEC

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

Gone are the days when you have to rely on conventional insurance claims systems to process your policies. Now, digital transformation is driving business innovation for insurance claims solution providers. To seize this new growth opportunity, Leong Adjustment Sdn. Bhd. has made a bold attempt to embrace digital technology to optimise the performance of its business processes and to ease the hassle for policyholders and insurers.

Jacqueline Leong, Director of Leong Adjustment Sdn. Bhd. said the COVID-19 pandemic had made them realise to expedite their digitalisation effort or risk being left behind. To deal with the immediate challenges faced by the company, the support from the government’s financial assistance through the National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG) that was channelled through Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) came just in time to take their burden off their shoulders.

“After having more than a decade experience in the insurance industry, the company felt that there is room for improvement with respect to claims processing time, asymmetric information transmission, and claims accuracy/ consistency. Believing that accuracy and consistency are the key performance indicator (KPIs) in its profession, the company began its digital transformation journey by developing the RTE777 Cloud Insurance Claims Project last year,” she said while explaining this is also part of transforming the conventional labour-intensive business model.

The company also decided to develop a web and mobile app-based insurance loss assessment system under the RTE777 Cloud Insurance Claims Project.

The core values of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project are to create a Real-Time, Relevance and Reliable (3R) platform for the policyholders, insurers, and its related respective parties from the claims notification to approval.

The deployment of the RTE777 Cloud Insurance Claims Project will enable a 100 per cent information accuracy and limit asymmetric information and in turn reduce travelling cost and man-hour by at least 30 percent. It will also enhance claims processing time cycle with within 24 hours, create a more transparent claim processing platform and reduce claims leakage (i.e. monetary loss through claims management inefficiencies that result from failures in existing processes).

“As an insurance claims solution provider, we need to always keep pace with current development and practices in other economic sectors in order to maintain our unbiased and independent judgement and opinion. Most importantly, all policyholders are adequately protected at the time of financial loss. Every insurance claim is transparently paid within a reasonable time frame.

“We feel honoured to be awarded as the matching grant had substantially reduced our financial burden and allowed us to fully focus on the research and development (R&D) segment of our digitalisation project,” she commented further.

Leong Adjustment is one of the 66 small and medium-sized enterprises (SMEs) and mid-tier companies being awarded for the Government’s National Economic Recovery Plan (PENJANA) 2020 #SMART Automation Grant (SAG).

“It gives us tremendous pride to be able to help empower businesses to stay competitive and robust through digitalisation during these times. MDEC will continue to work with all parties including the Ministry of Communications and Multimedia (KKMM), relevant agencies and partners to ensure the survival and business continuity of SMEs and MSMEs in the market. This is provided through our initiatives and efforts such as SAG that can transform them to become digitally-powered businesses and help thrive in this new reality,” said Surina Shukri, Chief Executive Officer of MDEC.

“Enabling digitally-powered businesses is one of our central tenets at MDEC. Leong Adjustment is just one of the many MSMEs that have benefitted from our grant and we will not let up in our efforts in digitalising and empowering businesses and ultimately benefitting the society and the country in line with Malaysia 5.0, ensuring shared prosperity for all as enshrined in the Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) and propelling Malaysia forward as the heart of a digital ASEAN,” said Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Chairman of MDEC.

Launched in July 2020, MDEC’s SAG matching grant is targeted at companies in the services sector to automate their business processes and adopt digitalisation. The grant aims to drive these businesses to kick start the development and implementation of digital process and technology tools to automate the recipient’s business operations.


Kebergantungan terhadap sistem tuntutan insurans berdasarkan kaedah konvensional melibatkan urusan pemprosesan kini boleh dikatakan sudah ditelan zaman. Pada masa kini, transformasi digital telah mendorong inovasi perniagaan bagi syarikat penyedia penyelesaian tuntutan insurans. Bagi merebut peluang pertumbuhan baharu ini, Leong Adjustment Sdn. Bhd. telah melakukan perubahan berani apabila mengadaptasi teknologi digital untuk meningkatkan prestasi dalam proses perniagaannya sekaligus mengurangkan kerumitan kepada pemegang polisi dan penanggung insurans.

Pengarah Leong Adjustment Sdn. Bhd. , Jacqueline Leong, mengakui bahawa pandemik COVID-19 menyebabkan syarikatnya menyedari keperluan untuk pendigitalan kerana jika tidak melaksanakannya, mereka berdepan risiko akan ketinggalan. Bagi menangani cabaran yang dihadapi syarikat, sokongan yang diberikan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Geran Automasi Pintar (SAG) yang disalurkan kerajaan melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hadir tepat pada waktunya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh perniagaan di negara ini.

“Syarikat memiliki pengalaman lebih sedekad dalam industri insurans. Sehubungan itu, kami menyedari terdapat ruang untuk penambahbaikan melibatkan tempoh masa pemprosesan tuntutan, perkongsian maklumat yang tidak tepat dan ketepatan tuntutan. Dengan mempercayai bahawa ketepatan merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam perkhidmatan, syarikat memulakan transformasi digital dengan membangunkan Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 pada tahun lalu,”katanya sambil menjelaskan bahawa ini juga merupakan sebahagian daripada transformasi kerja konvensional model perniagaan intensif.

Syarikat berkenaan juga memutuskan untuk mengembangkan sistem penilaian kerugian insurans berasaskan aplikasi web dan mudah alih di bawah Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777.

Nilai teras Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 adalah untuk mewujudkan platform 3R iaitu real time (masa sebenar), relevance (relevan) dan reliable (boleh dipercayai) untuk pemegang polisi, penanggung insurans dan pihak-pihak yang berkaitan iaitu bermula pemberitahuan tuntutan hingga persetujuan.

Penyebaran Projek Tuntutan Insurans Awan RTE777 akan memungkinkan ketepatan maklumat 100 peratus dan mengurangkan maklumat tidak tepat dan seterusnya akan mengurangkan kos perjalanan dan tempoh waktu pemprosesan sebanyak 30 peratus. Ini juga akan mempercepatkan pemprosesan tuntutan dalam tempoh 24 jam dan seterusnya mewujudkan platform pemprosesan tuntutan yang lebih telus dan mengurangkan kebocoran tuntutan (iaitu kerugian kewangan akibat ketidakcekapan pengurusan tuntutan yang disebabkan oleh kegagalan dalam proses sedia ada).

“Sebagai penyedia penyelesaian tuntutan insurans, kita harus sentiasa mengikuti perkembangan dan amalan semasa di sektor ekonomi lain untuk menjaga penilaian dan supaya pendapat kita yang tidak berat sebelah. Perkara yang paling mustahak ialah semua pemegang polisi dilindungi. Setiap tuntutan insurans dibayar dengan telus dalam jangka masa yang munasabah.

“Syarikat berasa terharu dan berbangga kerana menerima geran padanan yang telah mengurangkan beban kewangan syarikat dan memungkinkan untuk fokus sepenuhnya pada segmen penyelidikan dan pengembangan berdasarkan projek pendigitalan,” katanya.

Leong Adjustment Sdn. Bhd. merupakan salah satu daripada 66 PKS dan syarikat kategori pertengahan yang menerima geran di bawah pakej SAG – PENJANA yang diperkenalkan kerajaan pada tahun lalu.

“Penglibatan MDEC dengan inisiatif ini merupakan satu kebanggaan yang luar biasa kepada agensi kerana berpeluang membantu untuk memperkasakan perniagaan supaya terus berdaya saing dan kekal kukuh menerusi pendigitalan. MDEC akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), agensi kerajaan yang lain dan rakan kongsi untuk memastikan kelangsungan perniagaan PKS dan usahawan mikro di negara kita. Komitmen ini dizahirkan menerusi SAG yang dapat mengubah PKS , syarikat kategori pertengahan dan usahawan mikro kepada perniagaan yang bertenaga digital dan membantu berkembang dalam realiti baharu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

“Menjadikan perniagaan diperkasa secara digital merupakan salah satu teras utama MDEC. Leong Adjustment Sdn. Bhd. Merupakan salah satu daripada PKS dan usahawan mikro yang mendapat manfaat menerusi geran yang disediakan. Saya ingin menegaskan bahawa MDEC tidak akan mengurangkan usaha untuk memperkasakan perniagaan secara digital kerana pada akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara sejajar dengan Malaysia 5.0 yang akan memastikan kemakmuran bersama seperti ditekankan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Ini seterusnya akan mendorong Malaysia bergerak ke arah mencapai visi menjadi Nadi Digital ASEAN,” kata Pengerusi MDEC, Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff.

Dilancarkan pada Julai 2020, SAG MDEC menyasarkan syarikat – syarikat di sektor perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka ke arah pendigitalan. Bantuan ini bertujuan untuk mendorong perniagaan memulakan pengembangan dan pelaksanaan proses digital dan penggunaan alat teknologi untuk mengautomasikan operasi perniagaan penerima.


About Joyk


Aggregate valuable and interesting links.
Joyk means Joy of geeK